Assamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Ahlan Wasahlan
Bismilahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.
Selawat ke atas baginda Nabi Muhammad S. A .W.
Yang banyak membantu kita dalam mengharungi dunia akhir zaman ini.
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana memberi kita peluang untuk terus menambahkan amal kepada Nya dan memberi rahmat pada kita walaupun kita banyak berdosa pada Nya dalam sengaja atau tidak sengaja. Sekiranya nyawa kita diambil pada masa ini, adakah kita sedia untuk berhadapan dengan Allah? Sudah cukupkah amalan kita semua? Bagaimana dengan keadaan kita di kubur nanti kalau tidak beramal dari sekarang?
Semua persoalan ini sudah lama berlegar dalam diri kita, tapi kita masih merasa rugi jika meninggalkan amalan lama. Perasaan sayangkan dunia masih terpahat dalam jiwa. Perasaan "Aku masih muda, mati lambat lagi, dah tua nanti taubat la, masa untuk enjoy, letih la hari-hari jadi baik" ada dalam diri.
Nabi pernah bersabda"Hati ini akan berkarat sebagaimana berkarat Nya besi,"Sahabat bertanya,"Bagaimana hendak membersihkan hati itu?" Nabi bersabda lagi,"Dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati"
Jadi marilah kita kembali ke jalan yang sepatutnya kita lalui dan janganlah kita terus hayut dalam arus dunia yang hanya tempat persinggahan. Hamba yang baik umpama seorang pengembara yang pulang ke rumahnya.Hamba yang derhaka umpama hamba yang lari dari tuannya dan pulang pulang semula kepada tuannya.
Semoga sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah semua dapat apa yang saya hendak saya sampaikan. Saya bukan hendak memburukkan sesiapa, tapi kita hendaklah saling bertazkirah antara satu sama lain. Sambil saya menasihati sahabat dan sahabiah,saya juga menasihati diri saya juga yang pernah dalam situasi yang jauh dari jalan Allah. Saya mahu teman saya berada dalam keredhaan Allah.
Itu saje kat aluan dari saya, yang baik semuanya datang dari Allah, salah dan silap semuanya datang dari saya. Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.



1 comments:
Askum...
mus....thanx for the radix.....
Post a Comment